Tuesday, July 8, 2008

Selamat Pengantin Baru & Tahniah


Salam.

Sekali lagi bertemu. Kali ini saya ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Puan Diana dan pasangan nya. Majlis berlangsung pada 6.7.08 yang lalu.

Bertempat di Dewan serbaguna Presint 8, Putrajaya. Yang menarik perhatian saya ialah sebagai katerer ialah kemudahan ruang`servery' yang di sediakan begitu baik. Pertama kali saya berjumpa dengan kemudahan yang begitu lengkap sekali. Saya harap dewan-dewan serbaguna yang lain dapat meniru perkhidmatan yang disediakan oleh tempat ini.

Selamat Pengantin Baru.

Marhaba Team

Friday, July 4, 2008

Politik Kita

Salam semua.
Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan beberapa isu yang melanda politik tanah air kita. 2 tajuk yang amat memilukan bila kita baca dan dengar. Kadang-kadang perasaan malu melanda kita sebagai rakyat Malaysia. Kematangan orang politik kita, kadang-kadang menjelekkan. Seorang di tuduh meliwat dan seorang lagi di tuduh terlibat dalam konspirasi membunuh.

Kita pun tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Cuma yang menariknya, orang yang dituduh meliwat agak berani dan tegas bila mempertahankan dirinya. Yang satu pihak lagi nampaknya seperti ada sedikit keraguan bila melihat caranya menjawab soalan bertubi-tubi pihak wartawan.

Sedihnya dua-dua individu ini orang Melayu kita. Sedangkan kita sibuk memperkatakan ketuanan Melaya, Kesatuan Melayu, tetapi kita sebenarnya berpecah belah. Sedih dan menyedihkan. Sedangkan bangsa lain mereka semakin hari semakin menguatkan ikatan mereka dan membina bangsa mereka, ekonomi mereka dan kekayaan mereka. Sedangkan kita bangsa yang diharapkan menjadi peneraju dalam segala aspek menjadi bangsa yang kecundang. Kita ketinggalan dalam semua segi. Kita gagal dalam ekonomi, pendidikan,politik dan lain-lain.

Tak bolehkah kita kembali kepada nilai asal kita yang diajar oleh agama dan orang tua kita. Kalau ada masalah duduk berbincang. Jangan salah menyalah. Jangan tuduh menuduh. Jangan buat fitnah. Jaga budi bahasa kita. Itu semua nilai yang diterapkan oleh kedua orang kita. Dan ini nilai yang diajar oleh Agama Islam kepada kita.

Sebagai rakyat yang kerdil ini, cukuplah kita dibebankan dengan segala kenaikan harga barang-barang yang di naikkan. Jangan lah beban orang politik bergaduh disajikan dalam hiburan yang kita nikmati setiap hari. Biarlah cerita-cerita yang menyejukkan dan mengembirakan menghiasi taman hidup kita. Sekurang-kurangnya tenang lah sedikit jiwa kita dalam menghadapi kehidupan seharian yang penuh cabaran.

Wahai orang politik semua. Kembalilah kepada jalan ALLAH. Itu sebaik cara dalam mencari kebenaran dan kedamaian. Kita lihat, orang politik yang menjadikan ALLAH dan Islam sebagai rujukan dan pegangan, mereka lebih tenang dan sabar. Kerana ALLAH sentiasa membimbing mereka.