Wednesday, May 28, 2008

JOM KE SELATAN


Salam semua.


Semalam 26 mei saya ke Negeri Johor Darul Takzim. Tujuan kesana adalah untuk menziarahi isteri sahabat baik saya yang bersalin secara pembedahan di Hospital Sultanah Aminah. Saya panggil dia `yeop' walaupun namanya Hasbullah. Orang Perak la katakan. Dia mengajar di salah sebuah sekolah di Kulai. Isterinya pun cikgu jugak. Isterinya terpaksa di bedah walaupun belum sampai waktu untuk bersalin kerana penyakit darah tinggi. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat. Bayi nya terpaksa di letakkan di dalam `inkubator' dan di beri pengawasan sepenuhnya. Berat nya tak sampai 1 kg.

Sepanjang perjalanan dari KL tidaklah ada sebarang masalah. Tak da `accident' mahupun lain-lain kecelakaan. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan, saya ambil keputusan untuk keluar di `exit' Yong Peng untuk ke Batu Pahat. Tujuan ialah untuk pekena nasi beryani Mohd Shah. Kedainya terletak selepas jambatan jalan menuju ke Muar. Beryaninya memang enak. Sampai beratur orang di buatnya. Dari KL, Singapura, Melaka dan Johor. Semuanya ada. Menurut cerita teman saya, katanya Mohd. Shah ini beryani nya pernah menjadi hidangan Santapan Diraja. Katanya ia pernah di nikmati oleh KDYMM Sultan Johor. Sejauh mana kebenaran cerita ini, Wallahuaklam bis sawab. Tapi memang `power'. Anda harus mencubanya bila ke Batu Pahat.

Berbalik cerita di JB, selepas selesai ziarah teman di HSA, saya pun menunaikan solat maghrib dan jamak isyak di Masjid Sultan Abu Bakar. Cukup kagum saya dengan seni binanya. Terasa seperti solat di sebuah Istana. Kecik-kecik dulu pernah lah datang solat di situ. Tapi dah lama dah tak datang. Syahdu rasanya.

Selepas itu, saya dan yeop terus ke Stulang Laut untuk menikmati mee rebus. Johor memang terkenal dengan mee rebus dan mee bandung muar. Sambil menikmati mee rebus, saya terus melemparkan pandangan saya ke Selat Tebrau yang di kongsi Malaysia & Singapura.

Sedang enak menghirup kuah mee rebus saya, saya terpanggil untuk melihat televisyen yang waktu itu sedang berlangsung buletin utama di TV3. 2 isu yang menjadi perhatian saya. yang pertama soal harga minyak. Isu nya kereta-kereta dari negara jiran tidak di benarkan untuk mengisi minyak di sekitar 30-40 km dari perbatasan. Kesian orang Singapura lepas ni. Tapi tak pe la diaorang kan baru ni menang hak kedaulatan keatas `Pulau Batu Putih'. Dah lama dah orang Singapura menikmati subsidi minyak kita. Tapi saya rasa orang Singapura tak peduli soal itu.

Yang ke 2 soal Islam Hadhari. Kerajaan Selangor mengharamkan `Islam Hadhari'. Pedas jugak bunyinya. Macam dulu Kerajaan Malaysia haramkan Al-Arqam dan lain-lain gerakan ajaran sesat yang ada di Malaysia. Saya setuju juga. Kenapa Islam itu perlu di tambah hadhari di hujungnya. Islam tetap Islam. Apa pun ramuan nya ia tetap Islam. Tak perlu di tambah namanya. Cuma yang paling penting perlaksanaanya yang perlu di utamakan. Bukan perubahan kosmetik.

Akhir sekali, seronok la pergi ke JB. Kalau kengkawan ada masa, turun la ke JB. Banyak tempat lagi yang menarik di Johor. Bye.

JOM KE PARLIMEN


Salam semua.

Baru-baru ni saya berpeluang ke Parlimen Malaysia. Rasa sungguh teruja kerana ini pertama kali saya menjejak kan kaki kesana. Saya pergi atas kapasiti sebagai seorang pelajar. Kerana kini saya sedang mengambil kursus lanjutan untuk menjadi seorang pemandu pelancong.

Tiba di parlimen sekitar jam 9 pagi. Dewan masih lagi belum bersidang. Kerana waktu bersidang tepat jam 10 pagi.

Urusan untuk memasuki dewan agak ketat. Kerana faktor keselamatan. Telefon bimbit, kamera tidak di benarkan. Etika pakaian hendaklah mengikuti garis panduan yang di tetapkan.

Yang menarik perhatian saya ialah waktu persidangan. Nampaknya semua ahli parlimen bersikap profesional. Beberapa orang menteri memberi jawapan. Antaranya Menteri Pertanian dan Asas Tani, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Namun menteri-menteri lain pun kelihatan jua.

Di sebelah pembangkang, ada juga barisan `star'. Antaranya Ketua Pembangkang, YB Nurul Izzah, YAB Presiden Pas, Dato' Ibrahim Ali satu-satu wakil bebas, wakil rakyat saya YB Azmin Ali dan lain-lain.

Namun yang menarik perhatian saya, ialah kalau dulu biasanya MP ke Parlimen biasanya menjinjing beg `James Bond'. Tapi sekarang kebanyakan nya bawa beg galas. `Cute' juga.

Sewaktu di Kafeteria, saya sempat berbual dengan seorang pegawai MITI. Dia kata sidang parlimen kali ni unik. Menurut beliau, ada ahli parlimen datang ke parlimen naik kancil pun ada,naik nissan sunny lama pun ada, naik motor pun ada. Nampak wakil rakyat betul-betul mula berjiwa rakyat. Tapi katanya yang begitu kebanyakan nye MP pembangkang la.

Sebelum pulang, sempat la saya capai beberapa cenderamata yang dijual untuk kenangan. Akhirnya saya harap sidang kali ini dapat memberi manfaat khususnya untuk rakyat yang sekarang ini di bebani dengan berbagai masalah keperluan hidup. Kembalikan kepercayaan yang telah diberi. Akhir kata, nak tengok sangat isu lompat parti yang sibuk di perkatakan menjadi kenyataan. Bye.

Monday, May 26, 2008

ADAKAH KITA BERASA SELAMAT ?

Perkataan `selamat' memberi erti bahawa setiap orang berhak menikmati perasaan selamat dan aman. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan berbagai cerita yang keluar di surat khabar, tv, internet dan sebagainya. Ianya membuatkan kita berasa apa akan jadi pada dunia ini.

Dari kes-kes jenayah hinggalah kepada bencana alam. Semuanya merunsingkan kita saban hari. Kita selalu terfikir, adakah rumah kita selamat, pejabat kita selamat,kawasan kita selamat dan negara kita selamat ?

Tetapi kita di Malaysia harus bersyukur, kerana kita masih lagi boleh menikmati kehidupan dengan apa yang kita pertahankan. Keamanan, kemewahan, kesenangan dan kesejahteraan.

Mungkin masih ada doa orang-orang beriman yang di makbulkan tuhan yang menyebabkan kita terhindar dari malapetaka yang besar.

Untuk bersama kita jadikan negara kita sentiasa `selamat' dari segala malapetaka dan bencana dan sentiasa akan di kunjungi oleh para pelawat dari seluruh dunia dan mereka boleh menikmati pakej keamanan yang wujud di sini walaupun sesekali di carik kemurnian nya oleh sesetengah manusia.

my watani