Monday, June 16, 2008

Jadilah Seperti `Raja Jordan'

Bari-baru ni saya ada bersembang dengan seorang teman yang baru pulang dari Bumi Anbiya' Jordan. Banyak cerita yang menarik telah beliau ceritakan kepada saya. Dari cerita Ashabul Kahfi hinggalah ke Laut Mati.

Tetapi ada satu cerita yang menarik perhatian saya. Tentang amalan istimewa keluarga Diraja Jordan. Menurut teman saya, Raja Jordan yang sekarang memerintah ini mempunyai satu tabiat iaitu menyamar seperti orang awam. Tujuan nya ialah untuk turun kepadang melihat sendiri masalah rakyat nya. Tabiat ini bukan saja tabiat Baginda, tetapi menjadi suatu tabiat yang di warisi dari Ayahandanya dan nenda-nenda sebelumnya. Ayahandanya Raja Hussein juga terkenal bersifat begitu.

Baginda sering menyamar pada siang hari,malam hari menjadi rakyat biasa tanpa pengawal, tanpa protokol melihat sendiri apa yang berlaku pada akar umbi masyarakat baginda. Menurut teman saya, cara Baginda ini dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat. Ini kerana Baginda mendengar keluhan rakyat terus dari mulut mereka bukannya di tapis oleh beberapa lapisan orang di bawahnya supaya cerita yang sampai lebih enak dari yang sepatutnya.

Saya fikir inilah sikap yang di ajar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. kepada Khulafa'ur Rasyidin dan pemerintah empayar selepas itu.

Mungkin juga bukan suatu kepelikan sekiranya kemurnian hati Baginda Raja Jordan ini di warisi dari nenda Baginda iaitu Rasulullah S.A.W. Menurut sejarah, keturunan Raja Jordan ini tersambung dengan pemerintah terakhir bumi Hijjaz berketurunan Baginda Rasulullah S.A.W. iaitu Syarif Hussein yang di halau keluar dari bumi Hijjaz oleh pemerintah yang baru. Sebab itu negara Jordan di panggil `The Heshimete Kingdom of Jordan' Kerajaan Hashimiah Jordan.

Saya fikir sikap ini juga harus ada dalam pemimpin kita. Supaya masalah rakyat dapat diselesaikan dengan lebih baik. Dengan terus dari mulut rakyat bukannya dari pegawai-pegawai yang hanya melaporkan perkara indah khabar dari rupa. Macamana masalah rakyat nak selesai. Tepuk dada tanya iman.

Wassalam.

No comments: